Friday 16 November 2012

STANDARD PENTAKSIRAN


Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Ia merupakan sebahagian daripada proses p&p yang dijalankan secara berterusan.


Standard Pentaksiran Pertama:
Pentaksiran harus dijalankan konsisten dengan tujuan pentaksiran yang ditetapkan.

tujuan:

o mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur
o mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuhkan dan mempertingkatkan mereka secara menyeluruh
o mengenalpasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari masa ke semasa
o memberi maklum balas terhadap kemajuan murid dalam semua aspek yang dirangkumi dalam KSPK
o mengesan keberkesanan pengajaran guru

hasil pentaksiran dianalisiskan untuk membantu guru merancang tindakan susulan yang berkesan untuk:
o mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitf, afektif dan psikomotor
o membantu pembelajaran murid
o memperbaiki pengajaran guru dan seterusnya meningkatkan mutu p&p guru



Standard Pentaksiran Kedua:
Pentaksiran harus dijalankan ke atas pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dirangkumi dalam KSPK.

Pentaksiran secara menyeluruh merangkumi semua Tunjang dalam KSPK termasuk:

o penerapan nilai
o pembentukan sikap
o penguasaan kemahiran
o status kecergasan
o status kesihatan
o kesediaan sosial (social readiness)
aktiviti ko-kurikulum dan ekstra-kurikulum tidak harus ditaksirkan kepada pada peringkat umur ini, murid tidak dapat menyertai aktiviti ini secara berdikari
penyertaan dan kemenangan dalam pertandingan tidal boleh diambilkira sebagai hasil pentaksiran di peringkat prasekolah. Pada peringkat umur ini, pemilihan untuk pertandingan melibatkan banyak faktor dan bukan sahaja atas kebolehan individu.




Standard Pentaksiran Ketiga:
Pentaksiran dijalankan secara berterusan sepanjang masa.




Standard Pentaksiran Keempat:

Kaedah pentaksiran harus sah dan sahih, sesuai dengan perkembangan kanak- kanak dan berasaskan kaedah saintifik.

kaedah yang digunakan adalah penilaian berasaskan kriteria dan bukan perbandingan antara murid

kaedah pentaksiran yang digunakan adalah:
o pemerhatian berterusan
o penilaian hasil kerja
kaedah berikut tidak diiktirafkan dalam pendidikan awal kanak- kanak
o ujian atau peperiksaan formal
o ujian kertas dan pensel
pentaksiran harus dijalankan secara adil, sah dan sahih
proses dan kaedah pentaksiran tidak terlalu rumit
data yang dikumpulkan perlu dianalisiskan supaya inferens atau kesimpulan yang dibuat adalah sah dan sahih
merekod adalah aktiviti mencatat maklumat secara sistematik berkaitan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Contoh rekod:
o senarai semak
o skala radar
o rekod anekdot
o rekod berterusan (Running Record)
o portfolio




Standard Pentaksiran Kelima:
Hasil pentaksiran digunakan untuk merancang tindakan susulan demi meningkatkan mutu p&p dan untuk membantu pengajaran.

diserahkan kepada guru Tahun 1 selepas murid tamat prasekolah untuk tujuan kesinambungan pentaksiran formatif

memberi laporan dan maklumat kepada ibu bapa mengenai kemajuan anak- anak mereka
mengealpasti masalah murid- murid sama ada mereka perlu dirujuk kepada pakar




Standard Pentaksiran Keenam:
Pentaksiran harus dijalankan dengan penuh beretika, hak asasi kanak- kanak perlu dipatuhi.

hasil pentaksiran tidak harus didedahkan kepada orang lain, hanya kepada ibu bapa dan pihak tertentu sahaja

tidak boleh digunakan untuk melabelkan kanak- kanak. Kebolehan dan kemajuan pada peringkar umur ini amat dipengaruhi oleh kadar pertumbuhan. Melabelkan kanak- kanak pada peringkat umur ini akan mempunyai kesan negatif kanak- kanak kelak.
kanak- kanak perlukan banyak motivasi dan elakkan daripada melabelkan sebagai “A” atau “B” dsb
kebolehan kanak- kanak tidak tetap dan sentiasa berubah


1 comments:

Chelsia Julia said...

ada sedikit membantu..terima kasih

Post a Comment