Friday 16 November 2012

STANDARD PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


STANDARD P&P PERTAMA:
Guru prasekolah perlu membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan keperluan kurikulum dan keperluan kanak- kanak.

guru perlu membuat perancangan jangkamasa panjang (Rancangan Tahunan) dan jangkamasa pendek (Rancangan Harian) berdasarkan KSPK

guru merancang p&p yang dapat menyokong perkembangan murid dalam aspek berikut :
o kreativiti
o pemikiran logical
o kemahiran menaakul
o perkembangan rohani
o pembentukan sikap dan nilai murni
o perkembangan fizikal dan kesihatan
o kreativiti dan estetika
guru memilih kandungan, bahan dan kaedah kandungan pengajaran yang bersesuaian dengan minat, tahap kebolehan, pengalaman dan pengetahuan murid
guru membimbing dan menjadi fasilitator dalam pembelajaran murid dengan:
o mengenalpasti dan memberi respons kepada diversiti murid dan menggalakkan semua murid berfikir secara kritis dan kreatif
o memodelkan proses berfikir kritis dan kreatif
guru menggunakan pendekatan p&p yang menyokong pembangunan komuniti murid yang kreatif dan berfikiran terbuka dengan:
o menunjukkan sikap positif terhadap idea baru murid
o memberi peluang kepada murid untuk terlibat dalam proses membuat keputusan
o memberi tanggungkawab kepada murid terhadap pembelajaran mereka sendiri




STANDARD P&P KEDUA:
Guru prasekolah perlu menggunakan pendekatan yang bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak- kanak (developementally appropriate) supaya pembelajaran berkesan dan membawa makna kepada kanak- kanak.

menggunakan pendekatan berikut mengikut kesesuaian standard kandungan dan standard pembelajaran yang hendak dicapai:

o pembelajaran berpusatkan murid
o inkuiri penemuan
o belajar melalui bermain
o pendekatan bersepadu
o pendekatan bertema
o pembelajaran berasaskan projek
o pembelajaran masteri (penguasaan bahasa dan komunikasi)
o pembelajaran kontekstual (pengalaman murid, alam persekitaran murid)
o pembelajaran berdasarkan kepelbagaian kecerdasan (Multiple Intelligence)
menjalankan p&p yang mengambilkira:
o kebolehan dan aras perkembangan kognitif kanak- kanak
o teori perkembangan kanak- kanak
o keadaan setempat
o keperluan individu kanak- kanak
mengendalikan p&p dalam bentuk kumpulan, individu dan kelas
merancang aktiviti harian berpandukan kepada aktiviti yang dirancang
mengendalikan perbualan pagi dan refleksi setiap hari
memastikan rutin harian dikendalikan dengan baik
sentiasa berinteraksi dengan murid dan menggalakkan interaksi antara murid
menggalakkan murid terlibat aktif dalam aktiviti p&p
menggalakkan murid untuk kemukan idea mereka, bersikap inquisitive dan bersikap terbuka




STANDARD P&P KETIGA:
Guru prasekolah menjalankan pentaksiran secara berterusan menggunakan pelbagai kaedah seperti yang dinyatakan di Standard Pentaksiran.




STANDARD P&P EMPAT:

Guru prasekolah perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif di dalam bilik prasekolah.

menyediakan persekitaran yang selamat, ceria, selesa dan mesra dalam kelas

mewujudkan pusat2 pembelajaran di dalam kelas
melengkapkan pusat pembelajaran dengan bahan yang bersesuaian, mencukupi dan updated
memastikan pusat pembelajaran sentiasa kemas
melibatkan murid dalam merekabentuk pusat pembelajaran




STANDARD P&P LIMA:
Penglibatan ibu bapa dan komuniti setempat amat penting dalam pendidikan awal kanak- kanak. Guru memainkan peranan penting dalam membina perhubungan antara sekolah dan ibu bapa murid.

pihak pengurusan sekolah dan guru perlu cuba menjalinkan perhubungan yang baik dengan ibu bapa/ penjaga melalui pelbagai cara

guru perlu membantu pihak pengurusan sekolah membentuk jawatankuasa yang melibatkan waris/ ibu bapa dan penjaga murid
guru perlu mengaturkan perjumpaan dengan ibu bapa/ penjaga secara berkala, sekurang- kurangnya dua kali setahun
pihak sekolah dan guru perlu melibatkan ibu bapa dalam program dan aktiviti sekolah
guru perlu memberi penerangan tentang kurikulum prasekolah termasuk kaedah pentaksiran kepada ibu bapa
pihak pengurusan dan guru membuat lawatan ke rumah murid yang bermasalah jika perlu
guru perlu berusaha mewujudkan kesinambungan p&p dari sekolah ke rumah




STANDARD P&P ENAM:
Guru prasekolah menghadapi keadaan di mana terdapat murid keperluan khas dalam kelas mereka. Guru prasekolah perlu membantu mengenalpasti murid keperluan khas ini dan memberi nasihat yang bersesuaian kepada ibu bapa.

guru perlu mengenalpasti murid keperluan khas menggunakan borang pengesahan yang telah disediakan
pihak pengurusan dan guru perlu menasihatkan ibubapa untuk menghantar murid tersebut ke sekolah pendidikan khas jika perlu

1 comments:

Liew Swee Chyi said...

Nota yang cikgu post amat berguna dan informatif. Blog guru amat menarik! Teruskan usaha!

Post a Comment