Friday, 16 November 2012

STANDARD DOMAIN KREATIVITI (SDK)



kreativiti adalah potensi semula jadi
pemikiran kreatif dan inovatif perlu dipupuk dalam p&p mulai dari prasekolah
kurikulum persekolahan beri peluang kepada murid:
o suka menyoal dan mencari jawapan
o membuat perkaitan dan melihat hubung kait
o menjangka apa yang akan berlaku
o membuat spekulasi tentang kemungkinan
o meneroka idea
o berfikir secara literal
o sentiasa membuat refleksi secara kritikal tentang idea, tindakan dan hasil
peluang untuk murid berfikir secara kreatif dan inovatif boleh diberikan dalam banyak konteks yang berbeza dan boleh diintegrasikan dalam aktiviti dalam dan luar bilik darjah.
pemupukankreativiti dan inovasi dalam kurikulum prasekolah melalui 2 pendekatan utama
o penerapan kreativiti dalam semua tunjang melalui aktiviti p&p
o memberi fokus khusus kepada kreativiti melalui pendidikan muzik dan pendidikan seni visual
terdiri daripada 2 komponen



STANDARD DOMAIN KREATIVITI PERTAMA:
Guru prasekolah menyediakan peluang kepada murid untuk meningkatkan kemahiran berfikir kreatif mereka:

Standard ini mencadangkan:
murid diberi peluang meneroka dan mencuba idea untuk menghasilkan karya/ ciptaan yang asli, penyelesaian masalah dan membuat keputusan.
murid mengikuti proses berfikir seperti yang disenaraikan di bawah dengan bimbingan guru


a) FASA PERSEDIAAN

STANDARD KANDUNGAN:
i. membuat pemerhatian aktif
ii. mencerakinkan pemerhatian (proses analisis)

STANDARD PEMBELAJARAN:
Menggunakan deria penglihatan, pendengaran
Mengenalpasti persamaan dan perbezaan antara objek/ idea/ fenomena dengan bimbingan
Mengasingkan objek/ idea/ fenomena berdasarkan ciri tertentu dengan bimbingan
Mengkaji kesan baik dan buruk dengan bimbingan


b) FASA IMAGINASI

STANDARD KANDUNGAN:
i. menjanakan idea (mensintesiskan idea)

STANDARD PEMBELAJARAN:
Menghasilkan idea- idea baru (yang mungkin benar atau tidak pasti) dengan bimbingan
Menghasilkan idea yang bermakna dengan bimbingan


c) FASA TINDAKAN

STANDARD KANDUNGAN:
i. menghasilkan produk/ membuat keputusan/ membuat keputusan

STANDARD PEMBELAJARAN:
Menghasilkan produk
Membuat kesimpulan dengan bimbingan
Membuat pilihan dengan bimbingan
Mempraktikkan proses kreatif untuk menghasilkan idea baru secara berterusan dengan bimbingan 



STANDARD DOMAIN KREATIVITI KEDUA:
Guru prasekolah perlu menyediakan peluang kepada murid agar mereka menghayati dan mengharagi nilai estetik dalam kehidupan dan seterusnya meningkatkan naluri mereka untuk terus menghasilkan karya kreatif secara berterusan dan beretika.

o Pemikiran Kreatif dan pemupukan sikap
o Personaliti Kreativiti







0 comments:

Post a Comment