Tuesday 13 November 2012

SK Pesang Begu




YCB 1309,
Sekolah Kebangsaan Pesang Begu Pejabat Pelajaran Daerah Padawan, Lorong 17 Off Jalan Kapor
Sungai Maong Hilir, 
9315Kuching.






TAHUN PENUBUHAN SEKOLAH

1959


GRED SEKOLAH

SKM Gred A




VISI SEKOLAH

Sekolah Berinspirasi dan Berprestasi tinggi Menjelang
2012





MISI SEKOLAH

Ke arah mempertingkatkan pengurusan dan pentadbiran akademik, ko-kurikulum, sahsiah dan disiplin murid, 3K (keceriaan, kebersihan dan keselamatan) dan mengeratkan perpaduan dan hubungan yang harmonis di antara sekolah dan masyarakat setempat agar memberi impak yang lebih berkualiti dan cemerlang.




MATLAMAT SEKOLAH

Kami warga SK Pesang Begu: Berikrar ke arah mencapai kecemerlangan di bidang akademik, ko-kurikulum, disiplin dan 3K di samping mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, membentuk sahsiah murid serta menyemai hubungan yang harmonis di antara masyarakat setempat agar menjadi kebanggaan bersama.




COGAN KATA SEKOLAH

Demi kejayaan dan kesusilaan





MOTTO SEKOLAH

Up! Up! We shine





 PIAGAM PELANGGAN

Kami guru- guru di Sekolah Kebangsaan Pesang Begu bertekad dan beriltizam untuk menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:





1.    Memastikan  mesyuarat  staff  pertama  diadakan  sebelum  hari  pertama persekolahan baru bermula.


2.  Memastikan buku rekod persediaan mengajar disediakan dengan lengkap dan kemaskini mengikut profesion kami.


3.  Memastikan   semua   guru,   kakitangan   sokongan   dan   murid murid melaporkan diri pada hari pertama sesi persekolahan bermula.


4.    Memastikan   Tatasusil Profesion    Perguruan    Malaysi dan    Teras Perkhidmatan sebagai panduan dan pegangan untuk membolehkan kami menyempurnkan kehendak profesion kami.




5.    Memastikan penyebaran ilmu pengetahuan yang  
       bermutu berlandaskan matlamat Falsafah     
       Pendidikan Kebangsaan.



6.    Memastikan  pengajaran  dan  pembelajaran  di  sekolah  ke  arah  yang cemerlang, berkualiti dan efektif.



7.  Memastikan  sekolah  mengamalkan  konsep  Budaya  Penyayang  demi menangani masalah sosial dan berdisiplin bagi mewujudkan keselesaan tempat untuk menimba ilmu.


8.   Memastikan penguasaan 3M di kalangan murid- murid ke tahap optima dengan pencapaian prestasi akademik minima C’ di dalam semua matapelajaran.

0 comments:

Post a Comment