Friday, 16 November 2012

STANDARD DOMAIN KREATIVITI (SDK)



kreativiti adalah potensi semula jadi
pemikiran kreatif dan inovatif perlu dipupuk dalam p&p mulai dari prasekolah
kurikulum persekolahan beri peluang kepada murid:
o suka menyoal dan mencari jawapan
o membuat perkaitan dan melihat hubung kait
o menjangka apa yang akan berlaku
o membuat spekulasi tentang kemungkinan
o meneroka idea
o berfikir secara literal
o sentiasa membuat refleksi secara kritikal tentang idea, tindakan dan hasil
peluang untuk murid berfikir secara kreatif dan inovatif boleh diberikan dalam banyak konteks yang berbeza dan boleh diintegrasikan dalam aktiviti dalam dan luar bilik darjah.
pemupukankreativiti dan inovasi dalam kurikulum prasekolah melalui 2 pendekatan utama
o penerapan kreativiti dalam semua tunjang melalui aktiviti p&p
o memberi fokus khusus kepada kreativiti melalui pendidikan muzik dan pendidikan seni visual
terdiri daripada 2 komponen



STANDARD DOMAIN KREATIVITI PERTAMA:
Guru prasekolah menyediakan peluang kepada murid untuk meningkatkan kemahiran berfikir kreatif mereka:

Standard ini mencadangkan:
murid diberi peluang meneroka dan mencuba idea untuk menghasilkan karya/ ciptaan yang asli, penyelesaian masalah dan membuat keputusan.
murid mengikuti proses berfikir seperti yang disenaraikan di bawah dengan bimbingan guru


a) FASA PERSEDIAAN

STANDARD KANDUNGAN:
i. membuat pemerhatian aktif
ii. mencerakinkan pemerhatian (proses analisis)

STANDARD PEMBELAJARAN:
Menggunakan deria penglihatan, pendengaran
Mengenalpasti persamaan dan perbezaan antara objek/ idea/ fenomena dengan bimbingan
Mengasingkan objek/ idea/ fenomena berdasarkan ciri tertentu dengan bimbingan
Mengkaji kesan baik dan buruk dengan bimbingan


b) FASA IMAGINASI

STANDARD KANDUNGAN:
i. menjanakan idea (mensintesiskan idea)

STANDARD PEMBELAJARAN:
Menghasilkan idea- idea baru (yang mungkin benar atau tidak pasti) dengan bimbingan
Menghasilkan idea yang bermakna dengan bimbingan


c) FASA TINDAKAN

STANDARD KANDUNGAN:
i. menghasilkan produk/ membuat keputusan/ membuat keputusan

STANDARD PEMBELAJARAN:
Menghasilkan produk
Membuat kesimpulan dengan bimbingan
Membuat pilihan dengan bimbingan
Mempraktikkan proses kreatif untuk menghasilkan idea baru secara berterusan dengan bimbingan 



STANDARD DOMAIN KREATIVITI KEDUA:
Guru prasekolah perlu menyediakan peluang kepada murid agar mereka menghayati dan mengharagi nilai estetik dalam kehidupan dan seterusnya meningkatkan naluri mereka untuk terus menghasilkan karya kreatif secara berterusan dan beretika.

o Pemikiran Kreatif dan pemupukan sikap
o Personaliti Kreativiti







STANDARD PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


STANDARD P&P PERTAMA:
Guru prasekolah perlu membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan keperluan kurikulum dan keperluan kanak- kanak.

guru perlu membuat perancangan jangkamasa panjang (Rancangan Tahunan) dan jangkamasa pendek (Rancangan Harian) berdasarkan KSPK

guru merancang p&p yang dapat menyokong perkembangan murid dalam aspek berikut :
o kreativiti
o pemikiran logical
o kemahiran menaakul
o perkembangan rohani
o pembentukan sikap dan nilai murni
o perkembangan fizikal dan kesihatan
o kreativiti dan estetika
guru memilih kandungan, bahan dan kaedah kandungan pengajaran yang bersesuaian dengan minat, tahap kebolehan, pengalaman dan pengetahuan murid
guru membimbing dan menjadi fasilitator dalam pembelajaran murid dengan:
o mengenalpasti dan memberi respons kepada diversiti murid dan menggalakkan semua murid berfikir secara kritis dan kreatif
o memodelkan proses berfikir kritis dan kreatif
guru menggunakan pendekatan p&p yang menyokong pembangunan komuniti murid yang kreatif dan berfikiran terbuka dengan:
o menunjukkan sikap positif terhadap idea baru murid
o memberi peluang kepada murid untuk terlibat dalam proses membuat keputusan
o memberi tanggungkawab kepada murid terhadap pembelajaran mereka sendiri




STANDARD P&P KEDUA:
Guru prasekolah perlu menggunakan pendekatan yang bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak- kanak (developementally appropriate) supaya pembelajaran berkesan dan membawa makna kepada kanak- kanak.

menggunakan pendekatan berikut mengikut kesesuaian standard kandungan dan standard pembelajaran yang hendak dicapai:

o pembelajaran berpusatkan murid
o inkuiri penemuan
o belajar melalui bermain
o pendekatan bersepadu
o pendekatan bertema
o pembelajaran berasaskan projek
o pembelajaran masteri (penguasaan bahasa dan komunikasi)
o pembelajaran kontekstual (pengalaman murid, alam persekitaran murid)
o pembelajaran berdasarkan kepelbagaian kecerdasan (Multiple Intelligence)
menjalankan p&p yang mengambilkira:
o kebolehan dan aras perkembangan kognitif kanak- kanak
o teori perkembangan kanak- kanak
o keadaan setempat
o keperluan individu kanak- kanak
mengendalikan p&p dalam bentuk kumpulan, individu dan kelas
merancang aktiviti harian berpandukan kepada aktiviti yang dirancang
mengendalikan perbualan pagi dan refleksi setiap hari
memastikan rutin harian dikendalikan dengan baik
sentiasa berinteraksi dengan murid dan menggalakkan interaksi antara murid
menggalakkan murid terlibat aktif dalam aktiviti p&p
menggalakkan murid untuk kemukan idea mereka, bersikap inquisitive dan bersikap terbuka




STANDARD P&P KETIGA:
Guru prasekolah menjalankan pentaksiran secara berterusan menggunakan pelbagai kaedah seperti yang dinyatakan di Standard Pentaksiran.




STANDARD P&P EMPAT:

Guru prasekolah perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif di dalam bilik prasekolah.

menyediakan persekitaran yang selamat, ceria, selesa dan mesra dalam kelas

mewujudkan pusat2 pembelajaran di dalam kelas
melengkapkan pusat pembelajaran dengan bahan yang bersesuaian, mencukupi dan updated
memastikan pusat pembelajaran sentiasa kemas
melibatkan murid dalam merekabentuk pusat pembelajaran




STANDARD P&P LIMA:
Penglibatan ibu bapa dan komuniti setempat amat penting dalam pendidikan awal kanak- kanak. Guru memainkan peranan penting dalam membina perhubungan antara sekolah dan ibu bapa murid.

pihak pengurusan sekolah dan guru perlu cuba menjalinkan perhubungan yang baik dengan ibu bapa/ penjaga melalui pelbagai cara

guru perlu membantu pihak pengurusan sekolah membentuk jawatankuasa yang melibatkan waris/ ibu bapa dan penjaga murid
guru perlu mengaturkan perjumpaan dengan ibu bapa/ penjaga secara berkala, sekurang- kurangnya dua kali setahun
pihak sekolah dan guru perlu melibatkan ibu bapa dalam program dan aktiviti sekolah
guru perlu memberi penerangan tentang kurikulum prasekolah termasuk kaedah pentaksiran kepada ibu bapa
pihak pengurusan dan guru membuat lawatan ke rumah murid yang bermasalah jika perlu
guru perlu berusaha mewujudkan kesinambungan p&p dari sekolah ke rumah




STANDARD P&P ENAM:
Guru prasekolah menghadapi keadaan di mana terdapat murid keperluan khas dalam kelas mereka. Guru prasekolah perlu membantu mengenalpasti murid keperluan khas ini dan memberi nasihat yang bersesuaian kepada ibu bapa.

guru perlu mengenalpasti murid keperluan khas menggunakan borang pengesahan yang telah disediakan
pihak pengurusan dan guru perlu menasihatkan ibubapa untuk menghantar murid tersebut ke sekolah pendidikan khas jika perlu

MODUL ASAS DAN MODUL BERTEMA



a. MODUL ASAS

merangkumi

  • BAHASA MALAYSIA, BAHASA INGGERIS, BAHASA CINA  (aliran bahasa cina) , BAHASA TAMIL (aliran bahasa tamil), PENDIDIKAN  ISLAM, PENDIDIKAN MORAL, MATEMATIK  dan PERMAINAN LUAR
penguasaan penggunaan literasi awal 4M (membaca, menulis, mengira, menaakul)
Diberi masa khas dlm jadual Awal tahun, ambil masa lebih kurang 35% drp waktu prasekolah
Akhir tahun peratus akan kurang apabila murid sudah menguasai




b. MODUL BERTEMA

menyepadukan kesemua tunjang dlm KSPK termasuk bahasa, matematik dan pendidikan moral
Awal tahun,  ambil masa lbh kurang 35%
Akhir tahun, peratus masa perlu dinaikkan
Tentukan tema ikut keperluan murid, keperluan setempat dan keperluan semasa
Tema2 dlm modul ini :
  • Diri Saya, Negara Saya, Alam Hidupan, Alam Bahan dan Alam Fizikal




AKTIVITI RUTIN

Aktiviti yang penting dlm prasekolah

Merangkumi aktiviti pengurusan diri, perbualan pagi, refleksi sebelum balik, membaca doa dan makan semasa rehat
Ambil masa lbh kurang 30 % drp masa prasekolah
Aktiviti rutin rangkumi semua tunjang KSPK



STANDARD PENTAKSIRAN


Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Ia merupakan sebahagian daripada proses p&p yang dijalankan secara berterusan.


Standard Pentaksiran Pertama:
Pentaksiran harus dijalankan konsisten dengan tujuan pentaksiran yang ditetapkan.

tujuan:

o mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur
o mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuhkan dan mempertingkatkan mereka secara menyeluruh
o mengenalpasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari masa ke semasa
o memberi maklum balas terhadap kemajuan murid dalam semua aspek yang dirangkumi dalam KSPK
o mengesan keberkesanan pengajaran guru

hasil pentaksiran dianalisiskan untuk membantu guru merancang tindakan susulan yang berkesan untuk:
o mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitf, afektif dan psikomotor
o membantu pembelajaran murid
o memperbaiki pengajaran guru dan seterusnya meningkatkan mutu p&p guru



Standard Pentaksiran Kedua:
Pentaksiran harus dijalankan ke atas pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dirangkumi dalam KSPK.

Pentaksiran secara menyeluruh merangkumi semua Tunjang dalam KSPK termasuk:

o penerapan nilai
o pembentukan sikap
o penguasaan kemahiran
o status kecergasan
o status kesihatan
o kesediaan sosial (social readiness)
aktiviti ko-kurikulum dan ekstra-kurikulum tidak harus ditaksirkan kepada pada peringkat umur ini, murid tidak dapat menyertai aktiviti ini secara berdikari
penyertaan dan kemenangan dalam pertandingan tidal boleh diambilkira sebagai hasil pentaksiran di peringkat prasekolah. Pada peringkat umur ini, pemilihan untuk pertandingan melibatkan banyak faktor dan bukan sahaja atas kebolehan individu.




Standard Pentaksiran Ketiga:
Pentaksiran dijalankan secara berterusan sepanjang masa.




Standard Pentaksiran Keempat:

Kaedah pentaksiran harus sah dan sahih, sesuai dengan perkembangan kanak- kanak dan berasaskan kaedah saintifik.

kaedah yang digunakan adalah penilaian berasaskan kriteria dan bukan perbandingan antara murid

kaedah pentaksiran yang digunakan adalah:
o pemerhatian berterusan
o penilaian hasil kerja
kaedah berikut tidak diiktirafkan dalam pendidikan awal kanak- kanak
o ujian atau peperiksaan formal
o ujian kertas dan pensel
pentaksiran harus dijalankan secara adil, sah dan sahih
proses dan kaedah pentaksiran tidak terlalu rumit
data yang dikumpulkan perlu dianalisiskan supaya inferens atau kesimpulan yang dibuat adalah sah dan sahih
merekod adalah aktiviti mencatat maklumat secara sistematik berkaitan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Contoh rekod:
o senarai semak
o skala radar
o rekod anekdot
o rekod berterusan (Running Record)
o portfolio




Standard Pentaksiran Kelima:
Hasil pentaksiran digunakan untuk merancang tindakan susulan demi meningkatkan mutu p&p dan untuk membantu pengajaran.

diserahkan kepada guru Tahun 1 selepas murid tamat prasekolah untuk tujuan kesinambungan pentaksiran formatif

memberi laporan dan maklumat kepada ibu bapa mengenai kemajuan anak- anak mereka
mengealpasti masalah murid- murid sama ada mereka perlu dirujuk kepada pakar




Standard Pentaksiran Keenam:
Pentaksiran harus dijalankan dengan penuh beretika, hak asasi kanak- kanak perlu dipatuhi.

hasil pentaksiran tidak harus didedahkan kepada orang lain, hanya kepada ibu bapa dan pihak tertentu sahaja

tidak boleh digunakan untuk melabelkan kanak- kanak. Kebolehan dan kemajuan pada peringkar umur ini amat dipengaruhi oleh kadar pertumbuhan. Melabelkan kanak- kanak pada peringkat umur ini akan mempunyai kesan negatif kanak- kanak kelak.
kanak- kanak perlukan banyak motivasi dan elakkan daripada melabelkan sebagai “A” atau “B” dsb
kebolehan kanak- kanak tidak tetap dan sentiasa berubah


6 TUNJANG DALAM KSPK


TUNJANG KOMUNIKASI

Bahasa Malaysia
Bahasa Inggeris
Bahasa Cina
Bahasa Tamil

Fokus Utama
a. Kemahiran Bahasa
mendengar, bertutur, membaca dan menulis
b. Seni Bahasa
keupayaan murid mengungkap keindahan bahasa melalui kepelbagaian aktiviti dan permainan bahasa



TUNJANG KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI

PENDIDIKAN ISLAM


diajar 2 jam seminggu

pengetahuan dan kemahiran asas (Rukun Islam, Rukun Iman, Sirah Rasulullah dan Kalimah Syahadah)
belajar berwuduk, bersuci, pergerakan solat, contohi bbrp akhlak Rasulullah
lakukan amalan harian ikut adab
kenal asas bhs Al Quran, huruf hijjaiyah dan jawi
hafaz bbrp surah pendek dan doa pilihan
aktiviti seperti bercerita, simulasi,  menyanyi, bernasyid, aktiviti hands- on, meneroka dan  bermain

PENDIDIKAN MORAL

diajar 2 jam seminggu

fokus kepada pelakuan moral yang dipupuk secara berterusan sepanjang masa murid berada di sekolah
Tidak dijalankan melalui aktiviti yang spesifik tetapi diterapkan melalui kesemua aktiviti yang dijalankan
nilai murni KSPK :

  • kepercayaan kepada Tuhan, baik hati, bertanggungjawab, berterima kasih, hemah tinggi, hormat- menghormati, kasih sayang, keadilan, keberanian, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, toleransi, berdikari dan berdisiplin


TUNJANG KETRAMPILAN DIRI- PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI

Penekanan kepada perkembangan sosioemosi kanak- kanak
Akan alami masalah sekiranya emosi tidak stabil dan mantap
Rangkumi aspek mengenali dan mengurus emosi sendiri, pencapaian emosi yang positif, pembinaan konsep kendiri positif, pembinaan kemahiran berinteraksi dan kemahiran sosial
berlaku sepanjang masa kanak- kanak berada di prasekolah
Tidak dicapai melalui aktiviti spesifik tetapi menerusi semua aktiviti (aktiviti rutin, semasa rehat, semasa makan dan aktiviti p&p yang lain)



TUNJANG PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN ESTETIKA

a) Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan

perkembangan fizikal mantap amat penting untuk menguasai kemahiran motor halus & motor kasar
sediakan peluang pembelajaran untuk tingkatkan kemahiran motor halus, motor kasar serta koordinasi mata- tangan
Pembinaan amalan penjagaan kesihatan fizikal diri, kebersihan persekitaran dan pemakanan yang  berkhasiat
Aspek keselamatan diri daripada sumber yang sebabkan kemalangan dan bahaya serta langkah menjaga kehormatan diri



b) Perkembangan Kreativiti

Merangkumi seni visual, pendidikan muzikserta drama dan pergerakan kreatif
Penekanan proses daripada produk
i. Seni visual
aplikasi seni (proses mengenal  dan memilih bahan utk hasilkan satu  karya) 
ekspresi kreaftif (penghasilan karya)
apresiasi (menceritakan hasil kerja sendiri dan tunjuk rasa penghargaan terhadap persekitaran dan hasil kerja org lain



TUNJANG PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN KESIHATAN

a) Pendidikan Muzik

aktiviti nyanyian, pengalaman  awal untuk mainan perkusi, penghasilan muzik menerusi bahan atau objek improvasi dan apresiasi muzik

b) Drama dan Gerakan Kreatif

aktiviti drama dan gerakan kreatif
Murid diberi peluang untuk bermain peranan, berlakon, menari dan membuat gerakan secara kreatif



TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI

Merangkumi awal sains, awal matematik, aktiviti pembinaan blok dan penggunaan ICT

a)  Awal Sains

peluang kepada kanak- kanak meneroka alam sekitar guna organ deria  dan peralatan mudah
kemahiran asas proses sains seperti kemahiran memerhati, mengukur dan menggunakan unit bukan piawai, membanding dan mengelas
penerokaan dijalankan ke atas alam hidupan, alam bahan dan alam fizikal
pentingkan penguasaan kemahiran daripada pemerolehan pengetahuan
Sikap terbuka terhadap pandangan dan dapatan daripada hasil penerokaan murid


b)  Awal Matematik

pengalaman awal matematik 
konsep pranombor, nombor, operasi nombor yang mudah, nilai wang, konsep waktu, bentuk dan ruang
penerokaan dijalankan ke atas alam hidupan, alam bahan dan alam fizikal
pentingkan penguasaan kemahiran drp  pemerolehan pengetahuan
Sikap terbuka terhadap pandangan dan dapatan drp hasil penerokaan murid
peluang kpd murid menggunakan komputer
Penggunaan komputer adalah di tahap asas














TUNJANG DALAM KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH








Wednesday, 14 November 2012

English Circle Time...


Greeting 

Good Morning
How are you today?
What day is today?
We are going to sing our National Anthem “NEGARAKU”
We are going to recite our prayer
Now, let see who is absent today?
When I call your name please raise up your hand and say “yes, teacher”
Thank you.
If one of you want to go to the rest room (toilet), please raise up your hand and say 
“Please teacher, may I go to the toilet”
I am going to check your nails for today. Stand up still.
Show me your nails. 
Long nail - You have to cut your nail
Tuck in your shirt properly



Recess


We are going to have our break
Line up in two lines
Wash your hand
Say thank you to “kakak” – “kakak” will reply you are welcome
Before we eat, we are going to recite our prayer.
You may eat now.
Ok, finish eating?
We are going to recite our prayer again.
Now, line up, we are going to brush our teeth.




Field Activity

Sentences Pattern

Before activity

Put on your shoes and no talking, please
Line up into two lines
One line for girls and one more line for boys
We are going to have our activity at the field today.
Walk slowly, don’t run



At the field

We are going to stretch our self
Now in hale and ex hale
Let’s do some stretching
Okay, our activity for today is ___________



End of the activity

We are going to line up into two lines and walk back to our class
Don’t run, walk slowly
No talking.
Arrange your shoes properly and enter the class quiet






RUKUN NEGARA....






RUKUN NEGARA






Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang Ke-13. Rukun Negara diperkenalkan berikutan Peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.


Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:


Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;  Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;


Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;


MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:-



Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

Lagu Kebangsaan Malaysia dan Lagu Negeri Sarawak




NEGARAKU






Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta 






SARAWAK, IBU PERTIWIKU




Sarawak tanah airku
Negeriku tanah airku Sarawak
Engkaulah tanah pusakaku
Tanah tumpah darahku
Ibu pertiwiku

Rakyat hidup mesra dan bahagia
Muhibbah sentiasa
Bersatu berusaha berbakti
Untuk Sarawakku cintai

Sarawak dalam Malaysia
Aman makmur rahmat Tuhan Maha Esa
Kekal lah Sarawak bertuah
Teras perjuangan rakyat
Berjaya berdaulat








Lawatan Penanda Aras Guru Prasekolah PPD Padawan


Sekolah Kebangsaan Sri Aman....


 Kelas Prasekolah Bestari




























Ruang Legar SK Sri Aman


Kelas Prasekolah Cemerlang



En Peter Lidong (PPD Padawan)bersama Guru Besar
SK Sri Aman dan wakil PPD Sri Aman




Kelas Prasekolah Amanah












Antara anugerah kecemerlangan yang diterima








Taklimat daripada Guru Besar SK Sri Aman
En Awang Mahfuad

Bersama rakan baik, Cikgu Molly Lingger (SK Stapok)