Guru Bertugas Harian / Mingguan
1. Datang sekurang-kurangnya 15 minit sebelum persekolahan bermula dan pulang sekurang-kurangnya 15 minit setelah sekolah berakhir.
2. Memastikan bilik-bilik
darjah telah disapu, sampah sarap telah dibuang serta lampu dan kipas
/ tingkap telah ditutup setelah tamat persekolahan.
3. Mengawasi disiplin murid di
luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama dibunyikan, sekitar kawasan sekolah dan mengambil
tindakan yang segera dan munasabah jika perlu.
4. Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tanda, kantin, bilik-bilik khas
dan
kawasan sekolah.
5. Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah.
6. Menguruskan rawatan murid yang sakit an menghantar mereka ke hospital / ke
rumah.
7. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital
dan
merekodkan nama mereka yang
memohon.
8. Mengawasi murid menepati waktu datang dan pulang ke sekolah, masa rehat dan
masa pertukaran guru.
9. Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan barang.
10. Menentukan keselamatan murid di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi
harta benda sekolah.
11. Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan, unit
beruniform dan aktiviti
lain yang dijalankan.
12. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari / minggu persekolahan ke dalam Buku
Laporan Bertugas, antara perkara yang
dicatat ialah:
a) kedatangan murid, guru dan staf sokongan
b)
murid ponteng, tidak
hadir atau sakit
c) lawatan / pelawat
d) ucapan/ pengumuman dalam perhimpunan
e) laporan hari Isnin ditulis dalam buku khas mengenai perhimpunan
13. Membuat laporan di dalam Buku
Laporan Bertugas
yang disediakan dan kalau
perlu dilaporkan terus kepada Guru Besar supaya tindakan segera dapat diambil.
14. Perhimpunan
14.1 Memastikan semua guru dan murid-murid menghadiri perhimpunan.
14.2 Memastikan bendera-bendera, pembesar suara dan tempat duduk guru
telah
disediakan.
14.3 Memastikan murid-murid telah beratur dengan kemas.
2 comments:
info ini amat berguna.terima kasih cikgu..
Mana gambar. Letak gbr baru cantik lagi
Post a Comment