Thursday, 18 October 2012

Bidang Tugas Guru PraSekolah (Bahagian 1)

Pengurusan Mata Pelajaran


1. Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran yang berkenaan.


2. Memahami dan mematuhi Pekeliling-pekeluiling dan arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai; iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di akhir tiap penggal.


3. Mempunyai sebuah buku rekod mengajar yang kemaskini dan menyerahkan kepada Guru Besar pada masa yang ditetapkan.


4. Menyediakan rancangan pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh setahun/sepenggal/seminggu/harian dan melaksanakan pengajaran mengikut rancangan pelajaran yang disediakan.


5. Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukp, memeriksa buku latihan dan memulangkan semula secepat mungkin. Menyerahkan / menunjukkan buku latihan kepada Guru Besar atau wakilnya pada masa yang dikehendaki.


6. Mengesan kelemahan murid dan menjalankan kerja bimbingan.


7.  Menjadi  ahli  panitimata  pelajaranmenghadiri  serta  mematuhi  dan melaksanakan keputusan mesyuarat panitia.


8. Menyedari dan menggunakan buku panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pelajaran / Jabatan Pelajaran / Pejabat Pelajaran Daerah.


9. Memastikan keselamatan murid-murid serta mengawasi penggunaan alatan.


10. Menghadiri mesyuarat / taklimat mengenai mata pelajaran sama ada dikelolakan oleh Kementerian Pelajaran / Jabatan Pelajaran Negeri / Pejabat Pelajaran Negeri. Menyampaikan semula maklumat kepada guru lain yang mengajar mata pelajaran yang sama.


11. Sentiasa mengikut perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi meninggikan lagi prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

12. Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantu mengajar yang digunakan, memastikan bahan-bahan tersebut digunakan secara meluas.


13. Magadakan ruang-ruang pembelajaran di kelas.


14. Menjalankan tugas sebagai seorang kaunselor dan seorang guru disiplin.


15. Menjalankan tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.


0 comments:

Post a Comment