Monday 15 October 2012

PraSekolah

PRASEKOLAH




MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.



OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH

·      Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan  konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik,
·      Menggunakan         Bahasa         Melayu          dengan         betul         dan memperkembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi,
·      Menggunakan  Bahasa  Inggeris  dalam  kehidupan  seharian  selaras
dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua,
·      Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian berasaskan ajaran agama,
·      Mempunyai  kemahiran   kognitif   untuk   berfikir    dan    menyelesaikan masalah,
·      Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial,
·      Mempratikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik,
·      Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.




BANTUAN:

KPM telah memperuntukkan dua jenis bantuan kepada murid-murid prasekolah iaitu peruntukan kewangan murid prasekolah KPM meliputi bantuan makanan dan bantuan per kapita (PCG).

Peruntukan bantuan makanan bagi murid prasekolah KPM adalah sebanyak RM1.50 seorang murid sehari. Bantuan makan ini hanya boleh dibelanjakan bagi membekalkan makanan berkhasiat kepada murid-murid prasekolah sahaja. Peruntukan Bantuan Makanan yang diperlukan bagi seorang murid adalah sebanyak RM300.00 setahun (RM2.05 X 1 murid X 200 hari) dan bagi sebuah kelas seramai 25 orang murid, peruntukan yang diperlukan adalah sebanya RM7,500.0 setahu (RM300.0  2 muri  20 hari).

Manakala bantuan geran per kapita (PCG) setahun bagi murid prasekolah KPM adalah sebanyak RM100 seorang murid setahun. Peruntukan yang disediakan oleh KPM bagi sebuah kelas adalah sebanyak RM2,500.00 setiap kelas setahun (RM100 X 25 murid X 1 kelas). Bantuan ini digunakan bagi membeli peralatan dan bahan habis pakai untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, tujuan penggantian dan penyelenggaraan peralatan permainan, pembelian bahan rujukan dan sumber murid dan mengadakan aktiviti di luar bilik darjah.


KONSEP PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Merupakan pendidikan yang tidak formal dan fleksibel. Kaedah pembelajaran dan pengajarannya menggunakan pendekatan belajar melalui bermain. Aktiviti yang dirancang menitik beratkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang. Di samping menekankan aktiviti yang boleh merangsang naluri ingin tahu, mengukuhkan kordinasi motor kasar dan halus, menggunakan daya kreatif, memupuk semangat bekerjasama, sifat hormat-menghormati dan berdisplin bagi menyediakan mereka mengikuti pembelajaran dan pengajaran yang lebih formal di sekolah rendah.



VISI

"Pengurusan Pengurusan Pendidikan Prasekolah Bertaraf Dunia"



MISI

Membangunkan Sistem Pengurusan Pendidikan yang Bertaraf Dunia bagi Memperkembangkan Potensi Individu Sepenuhnya dan Memenuhi Aspirasi Negara.




PEMILIHAN MURID :-

Syarat-syarat kemasukan murid ke kelas-kelas prasekolah KPM

·      Warganegara Malaysia sahaja. Merujuk kepada Peraturan-Peraturan Pendidika (Penerimaan Masuk Murid Ke Sekolah, Penyimpanan Daftar Dan Syarat Bagi Pengekalan Murid Belajar Di Sekolah) 1998- PU(A)275/98 dan dipinda oleh PU(A)445/07.
·      Keutamaan kepada kanak-kanak yang berumur lima (5) hingga enam
(6) tahun pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa.
·      Keutamaan  pemilihan  adalah  berdasarkan  merit  pendapatan  ibu bapa/penjaga berdasarkan tanggungan keluarga dan lokasi.
·      Jumlah maksimum bilangan murid bagi setiap kelas tidak melebihi 25
orang.
·      Proses    pemilihan    murid   prasekolah    KPM    hendaklah    dibuat   oleh
Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah.

0 comments:

Post a Comment