Thursday, 18 October 2012

Bidang Tugas Guru PraSekolah (Bahagian 3)


Guru Bertugas Harian / Mingguan


1. Datang sekurang-kurangnya 15 minit sebelum persekolahan bermula dan pulang sekurang-kurangnya 15 minit setelah sekolah berakhir.


2. Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah sarap telah dibuang serta lampu dan kipas / tingkap telah ditutup setelah tamat persekolahan.


3. Mengawasi disiplin murid di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama dibunyikan, sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan yang segera dan munasabah jika perlu.


4. Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tanda, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah.


5. Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah.


6. Menguruskan rawatan murid yang sakit an menghantar mereka ke hospital / ke rumah.


7. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama mereka yang memohon.


8. Mengawasi murid menepati waktu datang dan pulang ke sekolah, masa rehat dan masa pertukaran guru.


9. Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan barang.


10. Menentukan keselamatan murid di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi harta benda sekolah.


11. Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan, unit beruniform dan aktiviti lain yang dijalankan.


12. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari / minggu persekolahan ke dalam Buku Laporan Bertugas, antara perkara yang dicatat ialah:
a) kedatangan murid, guru dan staf sokonga
b) murid ponteng, tidak hadir atau sakit
c) lawatan / pelawat
d) ucapan/ pengumuman dalam perhimpunan
e) laporan hari Isnin ditulis dalam buku khas mengenai perhimpunan

13. Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau perlu dilaporkan terus kepada Guru Besar supaya tindakan segera dapat diambil.


14. Perhimpunan
14.1 Memastikan semua guru dan murid-murid menghadiri perhimpunan.
14.2 Memastikan bendera-bendera, pembesar suara dan tempat duduk guru telah
         disediakan.
14.3 Memastikan murid-murid telah beratur dengan kemas.


Bidang Tugas Guru PraSekolah (Bahagian 2)


Pengurusan dan Organisasi Kelas


1. Membentuk organisasi kelas.
2. Menentukan perkara-perkara berikut ada di dalam kela
    a) Jadual waktu
b) Perabot kelas dan semua peralatan diinventorikan
c) Motto kelas
 d) Alatan pembersihan.
3. Menentukan peralatan eletrik dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
4. Melaporkan perabot dan alatan eletrik yang rosak kepada pihak pentadbiran.
5. Membimibing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.



Jadual Kedatangan dan Kedatangan Murid


1. Menanda jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu kedua berakhir dan menyimpan buku daftar kedatangan di pejabat.
2. Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam buku daftar kedatangan
murid ditulis.
3. Memastikan data terkini murid di dalam kelas.
4. Memastikan kelas mempunyai buku kedatangan kedua dan diselenggara seprti yang diarahkan.
a) Buku diambil dan dihantar pada waktu dan di tempat yang ditetapkan. b) Menjamin keselamatan buku tersebut.




Masalah Pembelajaran, Kesihatan Diri dan Disiplin.


1. Memberi galakan, motivasi dan merangsangkan minat murid terhadap akademik.
2. Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik danmemberikan hadiah
(jika perlu)
3. Sentiasa prihatin terhadap semua masalah murid.